Tuesday, June 16, 2009

SYAIKH MUHAMMAD NASHIRUDDIN AL ALBANY


Beliau adalah Pembaharu Islam (mujadid) pada abad ini. Karya dan jasa-jasa beliau cukup banyak dan sangat membantu umat Islam terutama dalam menghidupkan kembali ilmu Hadits. Beliau telah memurnikan Ajaran islam terutama dari hadits-hadits lemah dan palsu, meneliti darjat hadith.


Nama dan Nasabnya


Nama beliau adalah Abu Abdirrahman Muhammad Nashiruddin bin Nuh al-Albani. Dilahirkan pada tahun 1333 H di kota Ashqodar ibu kota Albania yang lampau. Beliau dibesarkan di tengah keluarga yang miskin, lantaran kecintaan terhadap ilmu dan ahli ilmu.Ayah al Albani iaitu Al Haj Nuh adalah lulusan lembaga pendidikan ilmu-ilmu syari`at di ibukota negara dinasti Utsmaniyah (kini Istambul), yang ketika Raja Ahmad Zagho naik tahta di Albania dan mengubah sistem pemerintahan menjadi pemerintah sekuler, maka Syeikh Nuh amat mengkhawatirkan dirinya dan diri keluarganya. Akhirnya beliau memutuskan untuk berhijrah ke Syam dalam rangka menyelamatkan agamanya dan karena takut terkena fitnah. Beliau sekeluargapun menuju Damsyik


Setiba di Damsyik, Syeikh al-Albani kecil mulai aktif mempelajari bahasa arab. Beliau masuk sekolah pada madrasah yang dikelola oleh Jum`iyah al-Is`af al-Khairiyah. Beliau terus belajar di sekolah tersebut tersebut hingga kelas terakhir tingkat Ibtida`iyah. Selanjutnya beliau meneruskan belajarnya langsung kepada para Syeikh. Beliau mempelajari al-Qur`an dari ayahnya sampai selesai, disamping itu mempelajari pula sebagian fiqih madzab Hanafi dari ayahnya.


Syeikh al-Albani juga belajar memperbaiki jam dari ayahnya , sehingga beliau menjadi seorang pembaiki yang mahsyur. Kepandaian ini kemudian menjadi salah satu mata pencariannya.


Pada umur 20 tahun, pemuda al-Albani ini mulai menumpukan diri pada ilmu hadith lantaran terkesan dengan pembahasan-pembahsan yang ada dalam majalah al-Manar, sebuah majalah yang diterbitkan oleh Syeikh Muhammad Rasyid Ridha. Kegiatan pertama di bidang ini ialah menyalin sebuah kitab berjudul al-Mughni `an Hamli al-Asfar fi Takhrij ma fi al-Ishabah min al-Akhbar. Sebuah kitab karya al-Iraqi, berupa takhrij terhadap hadits-hadits yang terdapat pada Ihya` Ulumuddin al-Ghazali. Kegiatan Syeikh al-Albani dalam bidang hadith ini ditentang oleh ayahnya seraya berkomentar. Sesungguhnya ilmu hadith adalah pekerjaan orang-orang papa.


Namun Syeikh al-Albani justru semakin cinta terhadap dunia hadith. Pada perkembangan berikutnya, Syeikh al-Albani tidak memiliki cukup duit untuk membeli kitab-kitab. Oleh itu, beliau memanfaatkan Perpustakaan adh-Dhahiriyah di sana (Damsyik). Di samping juga meminjam buku-buku dari beberapa perpustakaan khusus. Begitulah, hadith menjadi kesibukan rutinnya, sampai-sampai beliau menutup kedai membaiki jamnya. Beliau lebih suka berada dalam perpustakaan adh-Dhahiriyah, sehingga setiap harinya mencapai 12 jam. Tidak pernah istirehat mentelaah kitab-kitab hadits, kecuali jika waktu sholat tiba. Untuk makannya, seringkali hanya sedikit makanan yang dibawanya ke perpustakaan.


Akhirnya pengurus perpustakaan memberikan sebuah ruangan khusus di perpustakaan untuk beliau. Bahkan kemudiaan beliau diserahkan kunci perpustakaan. Dengan demikian, beliau bebas untuk datang dan balik bila-bila masa. Hal ini dijalaninya sampai bertahun-tahun.


Pengalaman Penjara


Syeikh al-Albani pernah dipenjara dua kali. Kali pertama selama satu bulan dan kali kedua selama enam bulan. Itu tidak lain karena gigihnya beliau berdakwah kepada sunnah dan memerangi bid`ah sehingga orang-orang yang dengki kepadanya menebarkan fitnah.


Beberapa Tugas yang Pernah Dipegang


Syeikh al-Albani Beliau pernah mengajar di Jami`ah Islamiyah Madinah selama tiga tahun, sejak tahun 1381-1383 H, mengajar tentang hadits dan ilmu-ilmu hadits. Setelah itu beliau pindah ke Jordan. Pada tahun 1388 H, Lembaga Pendidikan meminta kepada Syeikh al-Albani untuk menjadi ketua jurusan Dirasah Islamiyah pada Fakulti Pasca Sarjana di sebuah Perguruan Tinggi di kerajaan Jordan. Tetapi situasi dan kondisi saat itu tidak memungkinkan beliau memenuhi permintaan itu. Pada tahun 1395 H hingga 1398 H beliau kembali ke Madinah untuk bertugas sebagai anggota Majlis Tinggi Jam`iyah Islamiyah di sana. Mandapat penghargaan tertinggi dari kerajaan Saudi Arabia berupa King Faisal Fundation tanggal 14 Dzulkaidah 1419 H.


Beberapa Karya Beliau


Karya-karya beliau amat banyak, diantaranya ada yang sudah dicetak, ada yang masih berupa manuskrip dan ada yang mafqud (hilang), semua berjumlah 218 judul. Beberapa Contoh Karya Beliau yang terkenal adalah :


1.Adabuz-Zifaf fi As-Sunnah al-Muthahharah
2.Al-Ajwibah an-Nafi`ah `ala as`ilah masjid al-Jami`ah
3.Silisilah al-Ahadits ash Shahihah
4.Silisilah al-Ahadits adh-Dha`ifah wal maudhu`ah
5.At-Tawasul wa anwa`uhu
6.Ahkam Al-Jana`iz wabida`uha


Di samping itu, beliau juga memiliki kaset ceramah, kaset-kaset bantahan terhadap berbagai pemikiran sesat dan kaset-kaset berisi jawaban-jawaban tentang pelbagai masalah yang bermanfaat.


Selanjutnya Syeikh al-Albani berwasiat agar perpustakaan peribadinya, baik berupa buku-buku yang sudah dicetak, buku-buku salinan, manuskrip-manuskrip (yang ditulis oleh beliau sendiri ataupun orang lain) semuanya diserahkan ke perpustakaan Jami`ah tersebut dalam kaitannya dengan dakwah menuju al-Kitab was Sunnah, sesuai dengan manhaj salafush Shalih (sahabat nabi radhiyallahu anhum), pada saat beliau menjadi pengajar disana.


Wafatnya


Beliau wafat pada hari Jum`at malam Sabtu tanggal 21 Jumada Tsaniyah 1420 H atau bertepatan dengan tanggal 1 Oktober 1999 di Jordan. Rahimallah asy-Syaikh al-Albani rahmatan wasi`ah wa jazahullahu`an al-Islam wal muslimiina khaira wa adkhalahu fi an-Na`im al-Muqim.

No comments:

Post a Comment