Tuesday, June 9, 2009

SYAIKH MUHAMMAD IBN SHOLEH AL UTHAIMIN



Nasab (Silsilah Beliau)


Beliau bernama Abu Abdillah Muhammad Bin Shalih Bin Muhammad Bin Uthaimin Al-Wuhaib At-Tamimi.

Dilahirkan di kota Unaizah tanggal 27 Ramadhan 1347 Hijriyah.


Pertumbuhan Beliau



Beliau belajar membaca Al-Qur’an kepada datuknya dari ibunya iaitu Abdurrahman Bin Sulaiman Alu Damigh Rahimahullah, hingga beliau hafal. Sesudah itu beliau mulai mencari ilmu dan belajar khat (ilmu tulis menulis), matematik dan beberapa bidang ilmu sastera



Syaikh Abdurrahman As-Sa’di Rahimahullah menugaskan kepada 2 orang muridnya untuk mengajar murid-muridnya yang kecil. Dua murid tersebut adalah Syaikh Ali Ash-Shalihin dan Syaikh Muhammad Bin Abdil Aziz Al-Muthawwi’ Rahimahullah. Kepada yang terakhir ini beliau (Syaikh Ibn Uthaimin) mempelajari kitab Mukhtasar Al Aqidah Al Wasithiyah dan Minhaju Salikin fil Fiqh karya Syaikh Abdurrahman As-Sa’di dan Al- Ajurrumiyah serta Alfiyyah.





Disamping itu, beliau belajar ilmu faraidh (waris) dan fiqh kepada Syaikh Abdurrahman Bin Ali Bin ‘Audan. Sedangkan kepada syaikh (guru) utama beliau yang pertama yaitu Syaikh Abdurrahman Bin Nashir As-Sa’di, beliau sempat mengkaji masalah tauhid, tafsir, hadits, fiqh, ustsul fiqh, faraidh, musthalahul hadits, nahwu dan sharaf.



Belia mempunyai kedudukan penting di sisinya Syaikhnya Rahimahullah. Ketika ayah beliau pindah ke Riyadh, di usia pertumbuhan beliau, beliau ingin ikut bersama ayahnya. Oleh kerana itu Syaikh Abdurrahman As-Sa’di mengirim surat kepada beliau: "Hal ini tidak mungkin, kami menginginkan Muhammad tetap tinggal di sini agar dia dapat mengambil faedah (ilmu)."



Beliau (Syaikh Utsaimin) berkata, "Sesungguhnya aku merasa terkesan dengan beliau (Syaikh Abdurrahman Rahimahullah) dalam banyak cara beliau mengajar, menjelaskan ilmu, dan pendekatan kepada para pelajar dengan contoh-contoh serta makna-makna. Demikian pula aku terkesan dengan akhlak beliau yang agung dan utama sesuai dengan kadar ilmu dan ibadahnya. Beliau suka bergurau senda dengan anak-anak kecil dan bersikap ramah kepada orang-orang besar. Beliau adalah orang yang paling baik akhlaknya yang pernah aku lihat.



"Beliau belajar kepada Syaikh Abdul Aziz Bin Baaz -sebagai syaikh utama kedua bagi beliau- kitab Shahih Bukhari dan sebagian risalah-risalah Syaikh Islam Ibnu Taimiyyah serta beberapa kitab-kitab fiqh.Beliau berkata, "Aku terkesan terhadap Syaikh Abdul Aziz Bin Baz Hafidhahullah kerana perhatian beliau terhadap haditt dan saya juga terkesan dengan akhlak beliau kerana sikap terbuka beliau dengan manusia.



"Pada tahun 1371 H, beliau duduk untuk mengajar di masjid Jami’. Ketika dibukanya Ma’had- al Ilmiyyah di Riyadh, beliau mendaftarkan diri di sana pada tahun 1372 H. Berkata Syaikh IbnUthaimin , "Saya masuk di lembaga pendidikan tersebut untuk tahun kedua setelah berbincang dengan Syaikh Ali Ash-Shalihin dan sesudah meminta izin kepada Syaikh Abdurrahman As-Sa’di Rahimahullah. Ketika itu ma’had al ilmiyyah dibahagi menjadi 2 bahagian, umum dan khusus. Saya berada pada bidang yang khusus. Pada waktu itu bagi mereka yang ingin "meloncat" - demikian kata mereka- ia dapat mempelajari tingkat berikutnya pada masa cuti dan kemudian diuji pada awal tahun kedua. Maka jika ia lulus, ia dapat naik ke pelajaran tingkat lebih tinggi setelah itu. Dengan cara ini saya dapat meringkas waktu." Sesudah 2 tahun, beliau lulus dan diangkat menjadi guru di ma’had Unaizah Al ‘Ilmi sambil meneruskan pelajaran beliau secara intishab (Semacam Universitas Terbuka -red) pada fakulti syari’ah serta terus menuntut ilmu dengan bimbingan Syaikh Abdurrahman Bin Nashir As-Sa’di.



Ketika Syaikh Abdurrahman Bin Nashir As-Sa’di wafat, beliau menggantikan sebagai imam masjid jami’ di Unaizah dan mengajar di Ma`ahad Tahfiz Unaizah Unaizah disamping tetap mengajar di ma’had Al Ilmi. Kemudian beliau pindah mengajar di fakulti syari’ah dan ushuludin cabang Jamiyyah Al Imam Muhammad Bin Su’ud Al Islamiyah di Qasim. Beliau juga termasuk anggota Hai`atul Kibarul Ulama di Kerajaan Arab Saudi. Syaikh Ibn Uthaimin mempunyai banyak kegiatan dakwah kepada Allah serta memberikan pengarahan kepada para Da’i di setiap tempat. Jasa beliau sangat besar dalam masalah ini. Perlu diketahui pula bahwa Syaikh Muhammad Bin Ibrahim Rahimahullah telah menawarkan bahkan meminta berulang kali kepada Syaikh Ibn Uthaimin untuk menduduki jabatan Qadhi (hakim), bahkan telah mengeluarkan surat pengangkatan sebagai ketua qadhi di Al Ihsa, namun beliau menolak secara halus. Setelah dilakukan pendekatan peribadi, Syaikh Muhammad Bin Ibrahim pun mengabulkannya untuk menarik dirinya (Syaikh Utsaimin -red) dari jabatan tersebut.



Karya-karya Beliau


Buku-buku yag telah ditulis oleh Syaikh Ibn Uthaimin di antaranya adalah sebagai berikut:


1. Talkhis Al Hamawiyah, selesai pada tanggal 8 Dzulhijah 1380 H.


2. Tafsir Ayat Al Ahkam (belum selesai).


3. Syarh Umdatul Ahkam (belum selesai).


4. Musthalah Hadits.


5. Al Ushul min Ilmil Ushul.


6. Risalah fil Wudhu wal Ghusl wash Shalah.


7. Risalah fil Kufri Tarikis Shalah.


8. Majalisu Ar Ramadhan.


9. Al Udhiyah wa Az Zakah.


10. Al Manhaj li Muridil Hajj wal Umrah.


11. Tashil Al Faraidh.


12. Syarh Lum’atul I’tiqad.


13. Syarh Al Aqidah Al Wasithiyah.


14. Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.


15. Al Qowaidul Mustla fi Siftillah wa Asma’ihil Husna.


16. Risalah fi Annath Thalaq Ats Tsalats Wahidah Walau Bikalimatin (belum dicetak).


17. Takhrij Ahadits Ar Raudh Al Murbi’ (belum dicetak).


18. Risalah Al Hijab.


19. Risalah fi Ash Shalah wa Ath Thaharah li Ahlil A’dzar.


20. Risalah fi Mawaqit Ash Shalah.


21. Risalah fi Sujud As Sahwi


22. Risalah fi Aqsamil Mudayanah.


23. Risalah fi Wujubi Zakatil Huliyyi.


24. Risalah fi Ahkamil Mayyit wa Ghuslihi (belum dicetak).


25. Tafsir Ayatil Kursi.


26. Nailul Arab min Qawaid Ibnu Rajab (belum dicetak).


27. Ushul wa Qowa’id Nudhima ‘Alal Bahr Ar Rajaz (belum dicetak).


28. Ad Diya’ Allami’ Minal Hithab Al Jawami’.


29. Al Fatawaa An Nisaa’iyyah


30. Zad Ad Da’iyah ilallah Azza wa Jalla.


31. Fatawa Al Hajj.


32. Al Majmu Al Kabir Min Al Fatawa.


33. Huquq Da’at Ilaihal Fithrah wa Qarraratha Asy Syar’iyah.


34. Al Khilaf Bainal Ulama, Asbabuhu wa Muaqifuna Minhu.


35. Min Musykilat Asy Sayabab.


36. Risalah fil Al Mash ‘alal Khuffain.


37. Risalah fi Qashri Ash Shalah lil Mubtaisin.


38. Ushul At Tafsir.


39. Risalah Fi Ad Dima’ Ath Tabiiyah.


40. As’illah Muhimmah.


41. Al Ibtida’ fi Kamali Asy Syar’i wa Khtharil Ibtida’.


42. Izalat As Sitar ‘Anil Jawab Al Mukhtar li Hidayatil Muhtar.


Dan masih banyak karya-karya beliau hafidahullah ta’ala yang lain. Wallahu ‘alam.


Wafat Beliau

Beliau meninggal pada hari Rabu 15 Syawal 1421 Hijriyah bertepatan dengan 10 Januari 2001 dalam usia yang ke 74.


Semoga Allah merahmati beliau dan memberikan balasan yang setimpal kepada beliau atas jasa-jasa beliau kepada Islam dan Muslimin.

1 comment:

  1. semoga para pengikutnya bertaubat, tidak gampang mengkafirkan kelompok yang tidak sependapat. amiiiiiiiiiiiiiiiiiiin, al-fatihah!

    ReplyDelete