Monday, February 7, 2011

CIRI-CIRI SALAFIYYIN


Kejelasan Dalam Aqeedah Dan Manhaj

Ciri ini merupakan ciri yang terpenting yang dengannya ahlussunnah wal jama`ah berbeza dari firqoh yang lain.Kamu akan mendapati seorang sunnah salafy yang berpegang teguh dengan aqeedahnya,yang berjalan di atas cahaya yang datang dari Kitabullah dan As Sunnah,kamu akan mendapatinya mempunyai kejelasan dalam aqeedahnya,jelas manhajnya,tidak ada kesamaran dalam manhajnya,tidak menyimpang ke kiri atau kanan bahkan kamu akan mendapatiya bersikap jelas dan terang seperti terangnya matahari di siang hari.Jika aqeedahnya jelas,methodenya jelas,manusia akan mengatakan bahawa dia adalah seorang sunni dan bahawa dia adalah salafy.

Inilah ciri yang penting yang dengannya seorang ahlussunnah berbeza dengan dari firqoh yang lain.Berbeza dengan ahlul bid`ah,kerana method mereka adalah sirriyah dan terselubung,mereka bekerja secara rahsia,samar dalam method mereka.Bahkan kamu akan mendapati mereka beragama dengan cara bertalawwun (berubah-ubah dan berpindah-pindah) dan bermain-main dengan agama.Adapaun seorang salafy, tidak ada sedikit pun padanya permainan dan talawwun seperti ini bahkan lisannya mengucapkan apa yang ada di hatinya,lahiriyyah seperti batinnya tanpa ada perbezaan.Dia akan sentiasa memperlihatkan aqeedahnya yang benar,tidak berasa segan di jalan ALLAH dan tidak takut dalam menegakkan agama ALLAH.Kalau kamu mengkaji manhaj ahlussunnah serta pokok-pokok yang mereka canangkan dalam bermuamalah dengan orang yang menentang mereka nescaya kamu akan medapati mereka ketika mencanangkan pokok-pokok ini,mereka kana menjelaskan dan menerangkannya dengan penjelasan yang sangat jelas.

Menghajr Ahlil Bid`ah

Antara ciri-ciri ahlussunnah yang lain ialah mereka akan menghajr ahlul bid`ah, wajibnya menghajr ahlul bid`ah dan bahawa maslahat dari hajr ini kembalinya kepada yang menghajr, sedang yang diboikot mengharuskan dia (ahlul bid`ah) diperlakukan dengan perlakuan seperti itu,dengan dihajr dan dijauhi.

Hajr merupakan salah satu pokok ahlussunnah dalam muamalah mereka dengan ahlul bid`ah dan perlaksanaannya bergantung kepada maslahat , perlu ditinjau dari sisi dia termasuk ciri-ciri yang penting dalam menetapkan kejelasan manhaj ahlussunnah.Kenapa perlu menghajr ahlul bid`ah?Hal ini kerana kejelasan manhaj salafy dan untuk manjauhi ahlul bid`ah.Kita akan emndapati ahlussunnah berada di jalan lain dan ahlul bid`ah berada di jalan lain.Ahlussunah menghajr,menjauhi dan membenci perlakuan bid`ah..Ahlussunah itu berada di adas kebenaran manakala ahlul bid`ah berada di dalam jurang yang dalam.Kerana itu jika kita melihat dalam Kitabullah,as Sunnah dan athar ,kita akan mendapati penetapan hajr terhadap ahlul bid`a,dan para ulama senantiasa menukilkan ijma` akan pokok ini,bahkan ijma` ini telah dinukilkan oleh lebih dari 30 orang imam dalam kitab-kitab mereka yang terkarang dalam aqeedah.Mereka menukilkan ijma` ahlussunah akan wajibnya mentahzir,wajibnya menghajr ahlul bid`ah sesuai dengan maslahat yang ada.

Kembalilah kepada kisah Shabigh pada zaman Umar.Kisah ini telah mahsyur di kalangan ahlussunnah.Namun begitu dalam masalah hajr ini kita perlu melihat kepada maslahat.Hajr boleh dilakukan jika ahlussunah adalah majoriti.Hajr juga akan membuatkan ahlul bid`ah akan bertaubat.Jadi pada abad ini,abad di mana ahlussunah terasing,sedikit,jadi ahlussunah perlu menghajr diri mereka bukannya menghajr ahlul bid`ah sepertimana yang dikatakan oleh Syaykh Abu Abdirrahman Muhammad Nashiruddin Al Albany.

Tahzir Dari Ahlul Bid`ah

Di antara perkara yang menunjukkan jelasnya manhaj ahlussunah dan teguhnya mereka berpegang kepada Kitabullah,as Sunnah ialah mereka mentahzir dari mubtadi`.Kita akan mendapati dalam kitab-kitab ahlussunah penuh berisi tahziran dari bid`ah,tahziran dari mubtadi`,tahziran dari hizbiyah dan sebagainya.

Mereka sekali tidak merasa menyesal melakukannya dan mereka tidak menganggap ia ghibah yang haram.Bahkan ia adalah ghibah yang diperbolehkan oleh agama,bahkan ia adalah nasihat dalam agama.Maka tahziran dari hali bid`ah dan kelompok-kelompok bid`ah dan para ahli bid`ah itu sendiri berserta penyebutan nama mereka.Mereka mentahzir dari semua ini agar ia tidak masuk dalam barisan ahlussunah dan agar manhaj ahlussunah tidak bercampur baur.Setiap barisan berada di atas jalannya sendiri,ahli bid`ah dengan bid`ahnya dan ahlussunnah berserta manhaj mereka,salafiyyah yang bersih lagi murni dan lurus.

Syubhat Batil

Ahlussunah tidak mengambil ilmu dari ahli bid`ah,tidak belajar kepada mereka, tidak belajar kepada mereka, bahkan dalam kitab-kitab ahlussunnah telah dibahaskan dan difatwakan semua masalah.Maka kita tidak perlu lagi kepada kitab-kitab ahli bid`ah dan menyibukkan mendengarkan kaset-kaset ahli bid`ah.Ahlussunnah tidakk mengatakan seperti ahli ahwa`, itulah syubhat syaithon -: AMBILLAH KEBENARAN DARI MEREKA DAN LEMPARKANLAH KEBATILAN MEREKA.Kita katakan betul sekali perkataan ini Kalau ada seseorang yang datang lalu menampakkan kebenaran maka kita harus menerima kebenaran tersebut, bagaimana pun jauhnya orang itu dari Allah. Maka kita menerima kebenaran, namun perkara ini tidaklah menunjukkan kita boleh mencari-cari kebenaran dari mereka dan kita boleh mendengar kaset-kaset mereka agar kita boleh mengambil kebenaran dari mereka dan meninggalkan yang batil, atau kita membaca kitab-kitab mereka agar kita dapat mengambil yang benar dan meninggalkan yang batil.


Syubhat inilah yang telah menyesatkan banyak pemuda. Dia menyangka bahwa dia sudah kuat dalam akidahnya, dia sudah faham akan manhajnya, sehingga dia akan membaca kitab-kitab mereka dan tidak peduli buku siapa yang dia baca, maka dia membaca kitab seorang ikhwani, quthbi, takfiri, asy’ari, muktazili, kemudian dia berkata: Saya mengambil kebaikannya dan meninggalkan yang batil. Kalau dia terus-menerus di atas method seperti ini pasti kebatilan akan masuk ke dalam hatinya. Ayyub As-Sikhtiyani dan Ibnu Sirin -rahimahullah- didatangi oleh mubtadi’ lalu berkata, “Saya mahu berdebat dengan kalian,” tapi mereka menjawab, “Tidak.” Mereka kembali berkata, “Kalau begitu dengarlah dari kami satu kalimat saja,” maka mereka segera meletakkan jari-jari mereka ke telinga-telinga mereka seraya berkata, “Tidak, walaupun setengah kalimat.Seseorang di antara mereka (mubtadi’) pernah berkata kepada Ayyub, “Saya akan membacakan Al-Qur`an kepadamu,” beliau menjawab, “Jangan kamu membacakan sesuatu pun kepadaku, walaupun Al-Qur`an.” Maka beliau ditanya tentang hal itu, maka imam ini menjawab -itulah kalimat yang berharga-, “Sesungguhnya hati itu lemah, sehingga mungkin saja kebatilan masuk ke dalamnya, siapakah yang mampu mengeluarkan kebatilan ini dari hati? Mungkin saja dia membacakan satu ayat kepadaku lalu dia memalingkan maknanya sehingga saya menjadi sesat kerananya.”Beliau adalah seorang imam besar maka bagaimana dengan kita, orang-orang yang lemah, bagaimana lagi dengan para penuntut ilmu yang berprasangka baik pada diri mereka sampai sangkaan baik ini menyebabkan mereka meninggalkan sunnah sehingga mereka menjadi orang yang kehairanan.


Syaikhul Islam Ibnu Taymiyah menukil dari Imam Al-Ghazali bahwa dia membaca kitab-kitab para filosof untuk membantah mereka akhirnya dia terjun ke dalam mazhab dan akidah mereka sehingga dia tersesat.Banyak contoh orang-orang yang belajar dari mubtadi’ lalu dia menjadi sesat dan bernisbah kepada syi`ah, dan dari orang yang belajar kepada seorang Asy’ari lalu dia terpengaruh dengannya dan berpindah kepada mazhabnya padahal di awal hidupnya dia berada di atas sunnah. Dia pergi sebagai seorang sunni lalu belajar kepada seorang mubtadi’, bergaul dengan mereka dan membaca kitab-kitabnya dan tidak perduli, lalu dia pulang kembali, hingga akhirnya dia menjadi penyeru bid’ah bahkan menjadi orang yang memerangi ahlussunnah wal jamaah. Maka semua ini termasuk dari bentuk kejelasan dalam manhaj.



Penamaan Ahlussunnah


Demikian pula termasuk dari bentuk kejelasan dalam manhaj adalah nama-nama yang

ahlussunnah bernama dengannya, yang dengannya mereka berbeza dari selain mereka.Maka ahlussunnah sejak awal kali mereka muncul, mereka pada zaman nabi berada di atas satu hati, bid’ah tidak boleh masuk ke tengah-tengah mereka dan tidak mendapati jalan untuk masuk kepada mereka. Ketika itu mereka hanya dinamakan sebagai muslimin dan mukminin. Kemudian tatkala nampak bid’ah ilmu kalam dan khuruj (memberontak), maka mereka dinamakan ahlussunnah wal jamaah, kerana mereka mengikuti sunnah dan komited terhadap jamaah kaum muslimin. Tatkala muncul ahlu ra`yi dari kalangan orang-orang yang lmendahulukan ra`yu (pendapat) di atas hadith, maka mereka dinamakan ahli hadith. Setelah itu, tatkala muncul orang-orang yang tidak memperdulikan atsar-atsar para ulama salaf, mereka tidak mahu mendengar atsar dari sahabat dan tabiin, maka mereka dinamakan sebagai ahli atsar. Tatkala muncul beberapa kaum yang mengatakan: Kami di atas Al-Kitab dan As-Sunnah, maka mereka dinamakan salafiyun kerana mereka mengambil Al-Kitab dan As-Sunnah sesuai dengan pemahaman salaf as-shaleh dan mereka tidak hanya terbatas pada Al-Kitab dan As-Sunnah saja dengan akal-akal dan pemahaman-pemahaman mereka, bahkan mereka menamakan diri mereka dengan salafiyun kerana mereka mengambil Al-Kitab dan As-Sunnah sesuai dengan pemahaman salaf as-shaleh.


Tidak Ada Sirriyah Dalam Dakwah


Ahlussunnah tidak menempuh method sirriyah (kerahsian) kerana sirriyah termasuk dari tanda ahli bid’ah dan di antara tanda yang menunjukkan bahwa di dalam hati mereka ada penyimpangan. Umar bin Abdil Aziz -rahimahullah- berkata, “ Kalau kamu melihat suatu kaum berbisik-bisik tanpa memperdengarkannya kepada orang-orang maka ketahuilah bahwa mereka sedang membangun kesesatan.” Kalau kamu melihat mereka dalam sirriyah, dalam perkumpulan sirriyah, di antara sesama mereka, mereka tidak mengkhabarkan ucapan-ucapan mereka dan akidah-akidah mereka kepada orang-orang, tidak menampakkannya di hadapan manusia, tidak mengumumkannya di hadapan manusia, bahkan urusan mereka di antara mereka, di antara mereka ada beberapa majlis sirriyah, maka yang seperti ini tidak termasuk dari ahlussunnah wal jamaah dan ketahuilah bahwa mereka tengah membangun kesesatan.


Bersatu di Bawah Pemerintah


Ahlussunnah berada di bawah bendera pemerintah kaum muslimin dan tidak menentang. Mereka meyakini wajibnya mendengar dan taat kepadanya. Maka kalau kamu berada di dalam negeri Islam maka hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemerintah muslim, selama pemerintahan adalah kaum muslimin, maka wajib untuk mendengar dan taat kepada mereka dalam kebaikan. Adapun ahli bid’ah, maka mereka membuat pemerintahan sendiri di dalam wilayah pemerintahan yang syar’i, mereka melantik amir (pemerintah) dakwah, amir organisasi, amir yang tersembunyi. Ini termasuk dari bentuk pemberontakan kepada pemerintah. Amir-amir dakwah yang dilantik oleh mereka para hizbiyun termasuk dari bentuk pemberontakan kepada pemerintah. Bahkan Ahlussunnah wal jamaah mengajar dan mendidik agar mereka mendengar dan taat kepada pemerintah mereka dan mereka tidak membolehkan derhaka kepada mereka dalam hal kebaikan. Kalau dia memerintahkan ketaatan dan kebaikan maka dia harus didengarkan dan ditaati dan tidak boleh dimaksiati dalam hal kebaikan.


Tidak boleh memasang imarah (kepemimpinan), tidak boleh ada hizbiyah, semua ini termasuk dari tanda-tanda ahli bid’ah dan kesesatan. Di antara jawaban yang paling tepat yang pernah saya dengar berkenaan dengan imarah (kepemimpinan) dalam dakwah ini,kerana imarah yang seperti ini tetap dipasang oleh mereka walaupun di dalam negeri Islam. Mereka melantik amir-amir pada masjid-masjid mereka, setiap masjid mempunyai amir sendiri, setiap daerah punya amir sendiri padahal wilayahnya wilayah tersebut mempunyai pemerintah. Maka saya pernah bertanya kepada guru kami, Syaikh Hammad Al-Anshari -rahimahullahu Taa’la- ketika kami keluar dari Masjid Nabawi. Saya berkata kepadanya, “Wahai Syaikh, apa pendapatmu tentang orang yang melantik amir (pemimpin) yang mereka sangka sebagai amir dakwah bersamaan dengan adanya pemimpin (pemerintah) muslim?”maka beliau menjawab dengan sebuah jawaban yang agung, “Pemimpin yang paling akhir dari keduanya (amir dakwah) harus dibunuh.” Maksud beliau ini adalah termasuk dari bentuk pemberontakan, bukan maksud beliau orang itu dibunuh betul, tapi yang beliau maksud adalah bahawa hal seperti ini boleh jadi termasuk ke dalam hadith ini, dan termasuk ke dalam bentuk-bentuk pemberontakan kepada pemerintah, kerana dia menandingi kuasa pemerintah dalam perintah dan kekuasaannya. Maka ahlussunnah mentahdzir dan menjauhi dari sirriyah, mereka bersikap jelas dan terang-terangan serta bersatu di bawah jamaah kaum muslimin. Semua ini termasuk dari tanda kejelasan dalam manhaj.









Tidak Talawwun Dalam Manhaj


Di antara manhaj ahlussunnah wal jamaah adalah bahwa mereka berada di atas satu jalan,tegar di atas satu jalan, dan ini termasuk dari kejelasan dalam manhaj. Mereka tidak talawwun (berubah-ubah) kerana talawwun sebagaimana yang ditegaskan oleh para ulama salaf as-shaleh- termasuk di antara tanda-tanda ahli bid’ah. Talawwun dalam agama, berpindah-pindah dalam agama, dari satu mazhab ke mazhab lainnya, berpindah-pindah di antara hawa nafsu , ini adalah termasuk dari tanda-tanda ahli bid’ah. Kamu melihat dia berada di sini pada satu hari lalu pindah ke sana selama beberapa hari, kemudian ke tempat lain selama beberapa hari, dan seterusnya terumbang-ambing dalam hawa nafsu, kerana dia

mencari kebenaran tidak dengan cara yang seharusnya dan tidak mencari kebenaran dengan jalan-jalan yang dibenarkan syariat, dan hatinya tidak disertai dengan keikhlasan, kejujuran dan kecintaan dalam menuju dan mencari kebenaran. Kalau tidak maka tentunya Allah tidak akan menyia-nyiakan amalannya kalau memang dia memang betul-betul menginginkan kebenaran, memang betul menginginkan hidayah.


Adapun mereka para ahli ahwa dan ahli bid’ah, maka para ulama salaf telah mencela

mereka kerana di antara tanda-tanda mereka adalah mereka talawwun dalam agama. Maka dari sini nampak bahwa ahlussunnah jelas dalam manhaj dan akidah mereka, mereka tidak bertalawwun dan tidak berpindah-pindah di antara hawa nafsu.Nabi -shallallahu alaihi wasallam- bersabda - sebagaimana dalam hadits Ibnu Umar dalam Shahih Muslim-, “Perumpamaan orang munafik dalam umatku seperti seekor kambing yang tersesat (hilang) yang berada di antara dua ekor kambing. Pada satu ketika dia berjalan bersama kambing yang satu dan pada kali lainnya dia berjalan bersama kambing yang kedua. Dia tidak tahu, kambing mana yang harus dia ikuti.” Ahli bid’ah, kebanyakan mereka adalah orang-orang munafik, perumpamaan mereka seperti kambing yang tersesat, terkadang dia berjalan ke sini, terkadang dia berjalan ke sana, demikianlah dia berpindah-pindah, tidak tahu mana yang harus dia ikuti. Demikianlah keadaan ahli bid’ah dan orang-orang munafik.


Huzaifah -radhiallahu anhu- berkata, “Sesungguhnya kesesatan yang sebenar-benarnya kesesatan adalah engkau cuba mengetahui apa yang dulunya kamu ingkari dan kamu sudah mulai mengingkari apa yang dulunya kamu ketahui.”


Kesesatan yang sebenar-benarnya kesesatan adalah kamu dulunya termasuk dari ahlussunnah lalu kamu menyimpang darinya dan kamu berada di antara hawa nafsu. Dulunya kamu memandang bahwa sunnah dan manhaj salafy adalah kebenaran, kemudian kamu menyimpang bersama ahli bid’ah, setelah itu kamu melihat kebenaran - yang merupakan manhaj seorang sunni- sebagai suatu kesesatan, dan kamu melihat kesesatan -yang berupa perbuatan bid’ah- sebagai sunnah. Huzaifah berkata, “Sesungguhnya kesesatan yang sebenar-benarnya kesesatan adalah engkau mencuba mengetahui apa yang dulunya kamu ingkari -dari hawa nafsu dan bid’ah- dan kamu sudah mulai mengingkari apa yang dulunya kamu ketahui -dari sunnah Nabi -shallallahu alaihi wasallam- dan manhaj salaf-.


Umar bin Abdil Aziz -rahimahullahu Ta’ala- berkata, “Janganlah kamu jadikan agamamu sebagai bahan perdebatan, kerana barangsiapa yang menjadikan agamanya sebagai bahan perdebatan maka dia akan banyak berpindah-pindah (mazhab).” Adapun orang yang suka berdebat di sana sini, maka orang ini akan berpindah-pindah di antara hawa nafsu. Maka agama yang kamu berada di atasnya di atas keyakinan dan agamamu yang kamu yakini di atas keyakinan, janganlah kamu berpindah-pindah di antara hawa nafsu. Jika kamu menjadikan agamamu sebagai bahan bagi orang-orang suka berdebat dari kalangan ahli ahwa dan kamu membiarkan mereka menguasai dirimu, maka orang yang seperti ini akan sering berpindah-pindah.Abu Juwairiah -salah seorang Murjiah- pernah datang kepada Imam Malik -rahimahullahu Ta’ala- lalu berkata, “Wahai Malik, saya mahu berdebat denganmu.” Maka Imam Malik berkata kepadanya, “Kalau saya berhasil mengalahkan kamu, kamu yang harus ikut kepadaku?” dia menjawab, “Ia.” Beliau berkata lagi, “Kalau kamu mengalahkan saya, saya yang harus ikut kepadamu?” dia menjawab, “Ia.” Beliau berkata, “Kalau begitu pergilah kamu kepada orang yang ragu -selain saya- lalu debatlah dia dalam agamanya, kerana sesungguhnya saya tidak ragu terhadap agamaku.Maka beliau menjelaskan bahwa keraguan (dalam beragama) termasuk di antara tanda-tanda ahli bid’ah. Adapun ahlussunnah, maka mereka bukanlah orang-orang yang ragu dalam akidah dan manhaj mereka. Ibrahim An-Nakhai -rahimahullahu Ta’ala- berkata, “Mereka (para tabiin, pent.) memandang sikap talawwun dalam agama adalah termasuk dari ragunya hati kepada Allah.” Maka wajib atas seorang sunni untuk tidak talawwun dalam agamanya karena talawwun termasuk dari tanda-tanda ahli bid’ah dan kesesatan.



Taktik Ahli Bid’ah


Kesamaran adalah termasuk dari manhaj ahli bid’ah.Adapun ahlussunnah as-salafiyun, maka (manhaj) mereka sangat jelas dan terang. Para ulama juga telah menyebutkan beberapa perkara menjelaskan method ahli bid’ah dalam keyakinan mereka dan muamalah , bahwa mereka tidak jelas dalam manhaj, tidak jelas dalam akidah mereka. Al-Imam Mufadhdhal bin Al-Muhalhil -rahimahullahu Ta’ala- berkata-, “Seandainya ahli bid’ah mendatangi kamu dan ketika dia pertama kali masuk ke dalam majlismu, mereka langsung menyebutkan suatu bid’ah nescaya kamu akan memboikot mereka dan kamu akan meninggalkan mereka. Akan tetapi mereka ketika pertama kali datang kepadamu, mereka membawa sunnah dan membaca hadith tentang sunnah, kemudian apabila mereka berkuasa barulah mereka melemparkan bid’ah-bid’ah mereka sesuai dengan apa yang mereka kehendaki, maka bilakah bid’ah itu keluar dari hatimu?” Ini adalah taktik mereka,padahal sebenarnya dia adalah ahli ahwa yang bertujuan untuk merosak sunnah-, dia datang dan bergaul dengan ahlussunnah. Dia membacakan kepada mereka hadith-hadith tentang sunnah dan menyampaikan ilmu kepada mereka. Sampai tatkala mereka mempunyai kedudukan di mata ahlussunnah setelah itulah dia melemparkan syubhat-syubhatnya dan hawa nafsunya. Dia mulai memecah belah dan menghancurkan barisan ahlussunnah. Ini adalah taktik ahli bid’ah, mereka selalu berusaha agar kita membiarkan mereka masuk.


Mereka sebagaimana yang diperumpamakan oleh Imam Al-Barbahari -rahimahullah- dengan ucapannya, Ahli bid’ah itu seperti kala jengking, mereka menyembunyikan kepala-kepala mereka tapi mengeluarkan ekor-ekor mereka yang dengannya mereka menyengat,” agar dia tidak terlihat sampai akhirnya mereka akan menyengat manusia. Demikian pula ahli bid’ah, keadaan mereka seperti keadaan kala jengking ini yang sengaja bersembunyi, sampai ketika dia sudah punya pengaruh maka dia akan menyengat, menyebarkan bid’ahnya, menyebarkan kesesatannya di tengah-tengah ahlussunnah wal jamaah. Di sini juga ada ucapan dari Al-Imam Abu Zur’ah –rahimahullah Ta’ala, “Mereka para ahli kalam -bahkan seluruh ahli ahwa- jangan biarkan mereka masuk ke tengah-tengah kalian -yakni jangan biarkan mereka menguasai kalian tapi hendaknya kalian senantiasa waspada dari mereka, senantiasa mentahdzir mereka- kerana akhir mereka akan kembali kepada sesuatu yang mereka sembunyikan.”


Akhir mereka menampakkan bahwa mereka ahli ahwa dan bid’ah. Kadang kala mereka bersembunyi selama setahun atau dua tahun. Beliau (Abu Zur’ah) berkata, “Perkara mereka hanya akan tertutupi selama setahun atau dua tahun kemudian akan tersingkap maka janganlah salah seorang di antara mereka (ahlussunnah) membela mereka, kerana kalau suatu ketika kejahatannya tersingkap, maka akan dikatakan kepada yang membela ini, “Kamu termasuk temannya.” Dan kalau suatu ketika dia berbalik maka yang membelanya pun akan berbalik kerananya. Maka tidak sepantasnya bagi orang yang berakal untuk memuji mereka.” Maksud beliau adalah: Bahwa mereka yang masuk ke dalam barisan ahlussunnah dari kalangan ahli ahwa lalu menyembunyikan jati dirinya, orang yang kamu masih mempunyai keraguan tentang dirinya dan yang kamu masih ragukan akidahnya. Yang seperti ini jangan kamu sesekali memujinya, jangan kamu menolongnya dan jangan mengangkatnya. Akan tetapi berikan dia jangka waktu dan tunggulah hasilnya. Khusus kalau orang itu termasuk dari orang-orang yang kembali dari hawa nafsu dan bertaubat kepada sunnah, yang seperti ini dibiarkan dalam jangka waktu tertentu sampai dilihat perkara dan keadaannya, kerana setelah jangka waktu itu kadang kala jati diri sebenarnya akan tersingkap.


Kalau sudah tersingkap dan nampak dia termasuk dari musuh-musuh sunnah bahawa dia bersama ahlussunnah hanya untuk membuat makar kepada ahlussunnah, maka kamu wahai yang dahulu telah memujinya maka kamu akan dicela kerananya, kamu akan dicela kerana pujian itu kepadanya, karena kamu tidak memberinya jangka waktu dan terlalu tergesagesa memujinya dan kamu tidak menunggu sampai nampak dan jelas perkaranya. Semisal dengannya, kisah Shabigh yang terlah berlalu kita sebutkan, sang khalifah memberinya jangka waktu setahun padahal dia telah menampakkan taubatnya, akan tetapi beliau mengundurnya selama setahun. Demikian pula warid atsar dari Imam Ahmad bahwa beliau berkata, Tunggulah seorang mubtadi’ yang bertaubat selama setahun atau dua tahun, sampai terlihat perkaranya.” Tentu saja yang dimaksud di sini bukan pembatasan waktu setahun atau dua tahun, tapi yang dimaksud di sini adalah sampai perkaranya jelas dan nampak telah baik perjalanan hidupnya telah baik ke’sunni’annya dan dia telah kembali kepada ahlussunnah wal jamaah. Syaikhul Islam Ibnu Taymiah -rahimahullah- berkata tentang para ahli kalam, “Para ahli kalam terkadang menguatkan satu pendapat pada satu waktu, kemudian mereka berpindah menguatkan pendapat lain pada waktu yang lain,yakni: Sesekali mereka menguatkan yang ini dan kali lain mereka menguatkan pendapat yang lain, mereka berpindah-pindah di antara hawa nafsu beliau berkata, “Maka mereka tidak teguh di atas satu agama, mereka dikuasai oleh keraguan.” Ini adalah salah satu dari tanda-tanda ahli bid’ah, mereka hidup dalam kehairanan, dikuasai oleh keraguan. Kemudian beliau -rahimahullahberkata, “Ini adalah kebiasaan Allah pada orang yang berpaling dari Al-Kitab dan As- Sunnah,orang yang berpaling dari kitab dan sunnah, maka kebiasaan Allah padanya adalah menjadikannya dalam kebingungan dan menjadikan keraguan dalam agamanya sehingga dia berpindah-pindah di antara hawa dan di antara ahli ahwa, berpindah-pindah dalam bid’ah, dari satu bid’ah kepada yang semisalnya, dari satu musibah kepada

musibah yang lebih besar. Allah -Azza wa Jalla- berfirman, Tatkala mereka menyimpang maka Allah membuat hati-hati mereka menyimpang.” Maka ini termasuk dari hukuman kepada ahli bid’ah, hukuman dari berbuat bid’ah, iaitu kalau kamu terjun ke dalam perbuatan bid’ah maka Allah akan membuat kamu bertambah menyimpang daripada penyimpanganmu sebelumnya, kerana kamu tidak menghendaki kebenaran sehingga kamu berpindah-pindah di antara hawa nafsu dan di antara bid’ah, dari yang besar kepada yang lebih besar dan dari suatu musibah kepada yang lebih besar sampai kamu celaka dengan kecelakaan yang nyata. Bahkan mereka para ahli ahwa, di antara tanda dan jalan mereka dalam menyesatkan manusia, mereka terlebih dahulu masuk bergabung dengan ahlussunnah sebagaimana yang kita katakan, memberikan syubahat kepada ahlussunnah, mereka menampakkan diri bahwa mereka termasuk ahlussunnah kemudian mereka masuk dan melemparkan syubhat-syubhat dan hawa-hawa nafsu mereka. Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Bolis si Yahudi tatkala dia menyusup masuk ke dalam agama Nashrani lalu dia mengubahnya dari agama Isa lalu akhirnya mereka menyembah Isa -alaihissalam- dan mereka memunculkan akidah trinity dan selainnya disebabkan kerana menyusupnya orang Yahudi yang berpura-pura menjadi Nashrani, dia berpura-pura sebagai pengikut Al-Masih sehingga dia masuk ke dalam agama Al- Masih lalu dia pun merosak dan mengubahnya. Juga sebagaimana masuknya Ibnu Saba` sang Yahudi, Rafidhi kepada kaum muslimin, lalu dia menampakkan diri sebagai kaum muslimin lalu dia memberikan syubahat kepada sebahagian manusia sampai mereka menetapkan hak uluhiyah kepada Ali -radhiallahu anhu-. Mereka datang kepada Ali lalu berkata kepadanya, “Kamu, kamu …,” beliau menjawab, “Siapa saya?” maka mereka menjawab, “Kamu adalah Allah, kamu adalah Allah.” Maka Ali -radhiallahu anhu memerintahkan untuk menggali sebuah lubang besar lalu dinyalakan api di dalamnya, kemudian beliau melemparkan mereka semua ke dalam api itu sehingga beliau memancung dan membakar mereka. Para sahabat -ridhwanullahi alaihin- bersepakat akan wajibnya membunuh mereka, para Saba`iyah (pengikut Ibnu Saba`) yang menetapkan uluhiyah untuk Ali, hanya saja terjadi perselisihan pendapat di antara mereka mengenai cara membunuh mereka. Sebahagian sahabat mengingkari ijtihad Ali yang membakar mereka, sementara Ali berpendapat wajib atas dirinya membakar mereka sehingga beliau pun membakar mereka dengan api. Akan tetapi yang menjadi pokok pembahasan di sini adalah bahwa mereka menyusup ke dalam barisan kaum muslimin, mereka masuk ke dalam barisan ahlussunnah, mereka masuk ke dalam barisan salafiyun sampai mereka menyesatkan mereka dan memalingkan mereka dari manhaj dan akidah mereka. Karenanya Imam As-Sijzi -rahimahullah- berkata –beliau adalah salah seorang imam salaf yang mempunyai beberapa kitab dalam membantah Asy’ariyah dan selainnya-, “Atau mungkin orang itu termasuk dari kaum itu -yakni mungkin saja lelaki itu berasal dari kelompok ahli bid’ah- lalu dia bersandiwara dalam menyelisihi mereka (ahli bid’ah) -dia datang dan masuk bergabung dengan ahlussunnah lalu dia menampakkan bahwa dia membantah hizbiyun dan bahwa dia membantah ahli bid’ah, akan tetapi sebenarnya dia termasuk dari golongan mereka. Untuk mengaburkan ucapan mereka pada apa yang mereka ucapkan lalu dia membawakan ucapan mereka dan menganggap baik ucapan mereka lalu setelah itu dia memperingan perselisihan antara ahlussunnah dengan ahli bid’ah, dari kalangan orrang-orang yang melakukan tamyi’ kepada ahli bid’ah dalam masalah akidah dan manhaj ahlussunnah dalam bermuamalah dengan ahli bid’ah, sehingga dia pun akhirnya diikuti karena disangka dia menyelisihi mereka dan sangat banyak sekali makar mereka yang seperti ini yang berhasil mengenai ahlussunnah. Imam As-Sijzi -bersamaan dengan beliau adalah termasuk dari ulama abad III H- beliau berkata, Dan sangat banyak sekali makar mereka yang seperti ini yang berhasil mengenai ahlussunnah.” Sering ahli bid’ah menyusup ke dalam ahlussunnah dengan rupa sunnah kemudian mereka memberikan mudharat yang sangat besar kepada sunnah. Beliau juga berkata, “Barangsiapa yang menghendaki keselamatan dari mereka dan keselamatan dari hawa nafsu maka hendaknya yang menjadi kayu ukurnya adalah Al-Kitab dan atsar pada setiap yang dia dengar dan dia lihat. Kalau dia berilmu tentang keduanya maka hal itu (apa yang dia peroleh) dia perhadapkan kepada keduanya dan kalau tidak (berilmu tentang keduanya) maka hendaknya dia mengikuti salaf as-saleh,”

yakni:


Pertama-tama dia menjadikan kayu ukur dan tempat merujuk dalam perselisihan adalah Al-Kitab dan As-Sunnah sesuai dengan pemahaman salaf as-saleh. “Dan jangan dia menerima dari siapa pun suatu ucapan kecuali dia meminta dalilnya dari ayat yang muhkam atau sunnah yang tsabit atau ucapan sahabat dari jalan yang shahih.” Ini termasuk dari tanda-tanda ahlussunnah, iaitu mereka bertul-betul mencari dalil, senantiasa bertanya, “Apa dalil dari hal ini, apa dalil dari hal ini.” Kalau datang kepadanya suatu ucapan maka dia akan berkata, “Apa dalil dari hal ini, apa dalil dari hal ini.” Maka ini termasuk dari tanda-tanda ahlussunnah wal jamaah bahwa mereka senantiasa berusaha untuk mencari dalil. Kemudian beliau berkata, Hendaknya dia waspada kepada kitab-kitab karangan orang-orang yang berubah keadaannya kerana di dalamnya ada kala jengking dan yang terkadang tidak mampu untuk diubati.” Ini termasuk dari perumpamaan terbesar, mereka yang telah berubah keadaannya, maka kitab-kitab dan karangan-karangan mereka, ahli ahwa dan ahli bid’ah, kitab-kitab dan karangankarangan mereka seperti kalajengking dan di dalamnya ada kalajengking. Maka terkadang dia menyengatmu dan beliau berkata, “Terkadang tidak bisa diobati,” yakni: Terkadang kamu tidak akan mendapatkan penyembuhan dari sengatan itu atau syubhat yang telah bertapak di dalam hatimu. Ini adalah keadaan ahli bid’ah dan ahwa pada kenyataan kita sekarang, dimana kita hidup dan pada zaman kita ini.


[Contoh Nyata Dari Perancangan Mereka]


Kamu melihat banyak di antara mereka yang masuk dan ingin menonjol dalam sunnah, dia masuk dan berbicara tentang sunnah, kemudian cukup setahun atau dua tahun kecuali kamu melihat mereka telah berpaling dari sunnah, mentahdzir ahlussunnah, mentahdzir para ulama setelah sebelumnya mereka memuji para ulama kita dan kamu melihat dia hadir dalam majlis mereka. Dia memuji Syaikh Ibn Baz, memuji Syaikh Al- Albani, memuji Syaikh Rabi’ Al-Madkhali, memuji Syaikh Muqbil. Kemudian setelah semua itu, setelah berlalu setahun atau dua tahun di masuk ke dalam Sunnah, dia telah mempunyai pengaruh dan telah tersebar darinya satu atau dua kaset, kemudian setelah itu dia memperlihatkan jati diri yang sebenarnya sebagai musuh yang sangat menentang ahlussunnah, dia memerangi mereka dengan peperangan yang dahsyat, seperti yang terjadi pada: Abul Hasan Al-Ma`ribi, atau selainnya, sebagaimana yang terjadi pada Falih ibn Nafi` Al-Harbi atau Fauzi Al-Atsari atau selainnya dari mereka yang menyimpang dan berbalik dari ahlussunnah dan akhirnya mereka menjadi musuh besar bagi ahlussunnah wal jamaah. Maka hendaklah waspada dan hati-hati dari orang-orang semacam ini kerana mereka adalah sangat berbahaya dan besar mudharatnya bagi ahlussunnah wal jamaah. Maka semua dalil yang telah kami sebutkan ini adalah dalil-dalil yang jelas bahwa ahlussunnah mempunyai kejelasan dalam manhaj, mereka hidup di atas kejelasan dalam manhaj. Manhaj mereka, malamnya seperti siangnya. Mereka hidup dan beragama dengan lembaran yang sangat putih, hati mereka cahaya dan mereka hidup di dalam cahaya dan mereka beragama dengan cahaya, cahaya Al-Kitab dan cahaya sunnah Nabi - shallallahu alaihi wasallam-. Maka sepantasnya bagi kita untuk berada di atas manhaj ini, sepantasnya bagi kita untuk hidup di atas method ini. Hendaknya manhaj kita jelas, keberagamaan kita jelas, kesalafiyahan kita juga jelas. Dengan ini akan nampak pentingnya kejelasan dalam manhaj salafi dan pentingnya seorang salafy mempunyai kejelasan dalam akidahnya, keberagamaannya dan manhajnya.

[Penutup]

Kita meminta kepada Allah Yang Maha Agung agar menjadikan kita termasuk orang orang yang mempunyai sifat jelas di atas manhaj ahlussunnah wal jamaah dan termasuk orang-orang yang kukuh di atasnya sampai kita berjumpa dengan-Nya. Ya Allah, perlihatkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan berikanlah kami rezeki untuk mengikutinya dan perlihatkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan berikanlah kami rezeki untuk menjauhinya. Sahalat dan salam Allah kepada Nabi kita Muhammad dan jazakumullahu khairan atas perhatian kalian.

transkrip daripada ceramah Syeikh Khalid az Zhfairy dari Kuwayt dan dterjemahkan oleh ikhwan dari Indonesia dan ana, Abu Muhammad meringkaskan dan menterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia

No comments:

Post a Comment