Monday, January 19, 2009

AQEEDAH DAN MANHAJ KAMI



INILAH DAKWAH DAN AQIDAH KAMI


Oleh : Syeikh Muqbil Bin Hadi Al Wad`i Al Yamany As Salafy

1. Kami beriman kepada ALLAH , nama-namaNya dan sifat-sifatNya ,menurut apa yang terdapat di dalam Al Qur`an dan Sunnah tanpa mentahrif (menyimpang maknanya) , mentamthil (memisalkannya dengan makhluk) , mentasybih (menyerupakannya dengan makhluk) dan menta`thil(meniadakan atau menghapuskan sifat itu dari ALLAH).


2. Kami berkeyakinan berdoa kepada orang yang mati , meminta tolong kepada mereka dan begitu juga terhadap orang yang hidup pada masalah yang tidak disanggupi kecuali oleh ALLAH adalah syirik.Begitu juga kepada tangkal , bahawa ia memberi manfaat bersama ALLAH atau tanpa ALLAH adalah syirik.Manakala membawanya tanpa berkeyakinan adalah khurafat.


3. Kami berpegang kepada zahir kitab ALLAH dan Sunnah Rasul.Kami tidak mentakwilkannya kecuali ada dalil yang membolehkan untuk melakukan hal itu daripada Al Qur`an dan Sunnah.


4. Kami beriman bahawa kaum muslimin akan melihat Rabb mereka pada hari akhirat tanpa mentakyif (menanyakan bagaimana).Kami beriman dengan syafaat dan akan dikeluarkan orang yang bertauhid dari neraka.


5. Kami mencintai para sahabat Rasulullah S.A.W dan membenci orang yang mencela mereka.Kami berkeyakinan bahawa mencela mereka bererti mencela agama ini , kerana merekalah yang menyebarkan agama ini.Kami menyintai ahlul bait Nabi dengan kecintaan berdasarkan syariat.


6. Kami mencintai ahlul hadith dan semua para Salaf (pendahulu) ummat ini dari kalangan Ahlul Sunnah.


7. Kami membenci ilmu kalam.Kami berkeyakinan ialah penyebab terbesar perpecahan ummat ini.


8. Kami tidak menerima keterangan dari kitab-kitab fiqh,tafsir,cerita- cerita lampau dan sirah Nabi S.A.W kecuali yang ditetapkan ALLAH dan Rasul.Bukan bermakna kami membuangnya dan tidak perlu kepadanya tetapi kami mengambilnya dari kesimpulan dari para ulama kami dan yang selain dari mereka.Kami tidak menerima hukum kecuali berdasarkan hujjah yang sahih.


9. Kami tidak menulis dalam kitab dan pelajaran kami serta serta kami tidak berkhutbah dan berceramah kecuali dengan Al Qur`an dan Sunnah yang sahih sebagai hujjah.Kami membenci apa yang terdapat dalam kebanyakaan kitab para pemberi nasihat iaitu cerita dongeng serta palsu serta hadith daif dan maudhu`.


10. Kami tidak mengkafirkan seorang muslim kecuali kerana kesyirikan atau kerana meninggalkan solat atau murtad.Semoga ALLAH melindungi kami dari perkara ini.


11. Kami beriman bahawa Al Qur`an adalah Kalamullah , bukan makhluk.


12. Kami berkeyakinan saling tolong menolong sesame muslim dalam kebenaran dan kami berlepas diri dari dakwah-dakwah jahiliyyah.


13. Kami berkeyakinan tidak boleh memberontak terhadap pemerintah kaum muslimin selama mereka masih muslim.Kami berkeyakinan revolusi dan demokrasi bukan cara baik , bahkan ia akan merosakan ummah ini.Adapun sikap kami terhadap para pemimpin yang zalim terhadap agama dan ummah ini , maka kami berpendapat wajib memerangi mereka sehingga mereka bertaubat dari penyelewengan mereka menganut system ciptaan kaum kuffar dengan meninggalkan system daripada ALLAH dan Rasul (Syura).


14. Kami berpendapat jama`ah-jama`ah yang baru dan banyak ini penyebab perpecahan dan melemahkan ummah ini.


15. Kami berpendapat bahawa dakwah Ikhwanul Muslimin dan jama`ah sebangsa dengannya tidak sesuai dan tidak baik untuk pembaikan masyarakat kerana mereka adalah dakwah politik bukan dakwah untuk membaiki jiwa.Ia juga dakwah bid`ah kerana ia dakwah untuk membay`ah orang-orang bodoh dan membelakangi sunnah.Dakwah kaum ini juga adalah dakwah fitnah kerana berdiri dan berjalan di atas kejahilan.Kami menasihati sebahagian sahabat kami yang masih bekerja di dalamnya segera meninggalkannya agar ia tidak mensia-siakan waktunya pada masalah yang tidak bermanfaat untuk Islam dan ummah.Wajib setiap muslimin menyakini pertolongan ALLAH melalui tangan muslim mana sahaja dan melalui jama`ah mana sahaja yang berpegang teguh kepada kitabNya dan sunnah nabiNya..


16. Adapun tentang Jama`ah Tabligh , silalah baca perkataan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab al Washshaby , beliau berkata :


a)Mereka mengamalkan hadith dhaif dan maudhu`


b)Tauhid mereka penuh dengan bid`ah , bahkan dakwah mereka berdasarkan bid`ah kerana dakwah mereka dasarnya al faqra iaitu khuruj.Dan ini diharuskan 3 hari setiap bulan,Setiap tahun 40 hari dan 4 bulan seumur hidup.Setiap minggu ada 2 jaulah.Jaulah pertama di masjid yang didirikan solat di dalamnya dan yang kedua adalah berpindah-pindah.setiap hari ada 2 halaqoh.Halaqoh pertama di masjid dan kedua di rumah.Mereka tidak suka kepada seseorang kecuali yang mengikuti mereka.Tidak diragukan bahawa ini adalah ini adalah bid`ah dalam agama ini.


c)Mereka berpendapat bahawa dakwah tauhid memecah-belah ummah ini


d)Mereka berpendapat mengajak manusia kepada sunnah itu memecah-belah.


e)Pemimpin mereka dengan tegas mengatakan bid`ah yang mengumpulkan manusia adalah lebih baik dari sunnah yang memecah-belah.


f)Mereka menyeru manusia dengan halus mahupun terang agar manusia tidak menuntut ilmu yang bermanfaat.


g)Mereka berpendapat manusia tidak akan selamat kecuali bersama mereka.Mereka membuat pemisalan dengan bahtera nabi Nuh A.S , siapa yang naik akan selamat dan yang tidak akan binasa.Mereka berkata "Sesungguhnya dakwah kita seperti bahtera nabi Nuh",saya sendiri mendengarnya di Jordan dan Yaman.


h)Mereka tidak menaruh perhatian terhadap tauhid uluhiyyah dan asma` wa sifat.


i)Mereka tidak menuntut ilmu dan berpendapat masa menuntut ilmu adalah sia-sia.


17. Kami mengikat pemahaman kita dengan Al Qur`an dan Sunnah berdasarkan pemahaman Salaf (pendahulu) ummah ini dari kalangan ahlul Hadith tanpa fanatik terhadap individu tetapi kami mengambil kebenaran dari orang yang membawanya.Kami tahu ramai yang mengaku Salafy (pengikut Salaf) padahal Salaf berlepas diri dari mereka sebabmereka berkawan tanpa menegur orang yang melakukan kebid`ahan,syirik dan menghalalkan apa yang diharamkan ALLAH.


18. Kami berkeyakinan bahawa politik (siyasah) adalah sebahagian dari agama ini akan tetapi ia perlu dijana berdasarkan kitabullah,sunnah dan ijma` para sahabat.Orang- orang yang memisahkan agama dan politik bermakna mereka menghancurkan deen ini dan menyebarkan kekacauan seperti yang terjadi di kebanyakan negeri kaum muslimin.Mereka mengatakan "Agama untuk ALLAH dan negara untuk bersama".Ini adalah slogan-slogan jahiliyyah dan bid`ah.


19. Kami berkeyakinan bahawa tidak ada izzah (kemulian) dan pertolongan bagi ummah ini sehingga mereka kembali kepada kitabullah dan sunnah rasul.


20. Kami membenci kelompok-kelompok baru : komunis , kapitalis , ba`athi, nasirisme ,socialis , demokrasi dan rafidhah yang telah terkeluar dari Islam.Kami berpendapat bahawa manusia terbahagi kepada 2 iaitu Hizbur Rahman , mereka yang melaksanakan rukun Islam dan iman tanpa menolak sedikit pun syariat dan hizbus syaithan iaitu memerangi syariat ALLAH.


21. Kami mengingkari orang yang membahagi agama kepada kulit dan inti , ini adalah dakwah yang menghancurkan.


22. Kami mengingkari orang yang merasa tidak perlu kepada sunnah dan mengatakan "ini bukan masa mempelajarinya".Beginilah oaring yang enggan mengamalkan sunnah.


23. Kami berpendapat hendaklah kita mendahulukan yang paling penting dari yang penting.Maka wajib atas setiap muslim bersungguh-sungguh membaiki aqidah kemudian membinasakan komunisme,kapitalisme serta segala ideology ciptaan manusia dan ini boleh dicapai dengan persatuan yang berdasarkan kitabullah dan sunnah.


24. Kami berpendapat bahawa jama`ah yang merangkumi rafidhah,syiah,sufi dan sunni tidak akan dapat meghadapi musuh kerana ia tidak akan tercapai kecuali dengan ukhuwwah yang jujur dan aqidah yang satu.


25. Kami mengingkari orang yang mengatakan para da`i yang mengajak manusia kembali kepada agama ALLAH adalah orang-orang wahaby.Kami mengetahui mereka mempunyai maksud yang jijik dan kotor iaitu memisahkan ummah ini dari ulama dan da`I yang mukhlis.


26. Dakwah dan aqidah kami lebih kami cintai daripada diri , harta dan anak-anak kami.Kami tidak rela menjualnya dengan emas dan wang , kami akan suarakan dakwah ini sampai pupus harapan orang-orang yang ingin memperalatkan dakwah ini.Mereka meyangka mereka boleh melemahkan kami dengan harta dunia.Kami tidak akan menjual agama kami dengan dunia ini.


27. Kami membenci pemerintah sekadar kejahatan yang mereka lakukan dan kami mencintai mereka sekadar kebaikan yang dilakukan.Kami tidak akan memberontak kecuali bila kami melihat adanya kekafiran yang jelas pada mereka berdasarkan burhan (bukti yang nyata ) dari ALLAH.


28. Kami menerima bimbingan dan nasihat dari siapa sahaja kerana kita adalah penuntut ilmu yang bisa benar dan salah.


29. Kami mencintai ulama salaf yang hidup sekarang dan kami mengambil faedah agama dari mereka.


30. Kami tidak menerima fatwa kecuali berdasarkan kitabullah dan sunnah rasul yang sahih.


31. Kami mengingkari pihak-pihak yang meghormati dan memuja tokoh- tokoh sesat dan kuffar.


32. Kami mengingkari pemerintah muslim yang berkerjasama dengan musuh Islam (U.S dan sekutunya).


33. Kami mengingkari dakwah-dakwah jahiliyyah seperti fanatic kesukuan.Kami menyakini seruan inilah yang telah memundurkan ummah ini.


34. Kami menunggu seorang mujaddid yang ALLAH akan memperbaharui agama ini melaluinya.Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abi Daud dalam sunannya dari Abu Hurayrah R.A dari Nabi S.A.W : "SesungguhnyaALLAH akan membangkitkan bagi ummat ini setiap 100 tahun seorang yang akan memperbaharui agamaNya".Kami berharap kebangkitan Islam menjadi mudah kerananya.


35. Kami berkeyakinan orang yang mengingkari hadith tentang al Mahdi , Dajjal dan turunnya Isa bin Maryam adalah sesat.Al Mahdi yang kami maksudkan adalah dari kalangan ahlul bayt Nabi yang mengikut ajaran ahlul sunnah bukannya al Mahdi dari kalangan rafidhah ?syiah.Dia kan memenuhi bumi ini dengan keadilan.Kami katakana ahlul sunnah kerana orang yang mencela sahabat tidak dianggap adil.


36. Inilah sekilas pandang tentang aqidah dan dakwah kami.Kalau disebutkan dalil maka akan berpanjangan lagi risalah ini.Syeikh Muqbil telah menyebut dengan panjang lebar kan hal ini di dalam kitabnya al Makhraj Minal Fitnah.Dan barang siapa yang mempunyai keyakinan selain ini ,kami bersedia mendengar nasihatnya jika dia benar dan kami sedia berdebat dengannya jika dia salah serta berpaling darinya jika dia membangkang.Ini bukan keseluruhan dakwah dan aqidah kami kerana dakwah dan aqidah kami berdasarkan kitabullah dan sunnah serta mengajak manusia kepada kedua-duanya.Cukuplah ALLAH bagi kami dan DIA adalah sebaik-baik tempat untuk bertawakkal.Tidak ada kekuatan dan daya Kecuali dengan izinNya.
(Dipetik dari kitab Hazihi Da`watuna wa Aqidatuna oleh Syeikh Muqbil bin Hadi al Wad`i as Salafy al Yamany

No comments:

Post a Comment